Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mengesahkan bekas pemain kebangsaan era 1980-an, P. Dharmalinggam, telah meninggal dunia, hari ini.
Dharmalinggam pernah mewarnai kancah Liga Malaysia pada era 1980an mewakili Selangor sebagai pertahanan tengah.
Mendiang berusia 64 tahun itu pernah menjadi rakan sepasukan legenda negara seperti Datuk Zainal Abidin Hassan Mohd Ali dan Allahyarham Dato' Mohd Mokhtar Dahari.
Menerusi laman X, FAM mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "Takziah. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang P. Darmalinggam atas pemergian bekas pemain kebangsaan era 1980-an itu, hari ini."
Takziah
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 12, 2025
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang P. Darmalinggam atas pemergian bekas pemain kebangsaan era 1980-an itu, hari ini.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/fHBTJ0YALJ