Skip to main content

Bola Sepak

Legenda Barcelona, Carles Puyol sedia bermain di Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

puyol.jpg
Peminat Indonesia bertuah kerana dapat menyaksikan figura besar bola sepak Sepanyol yang memenangi Piala Dunia 2010, September ini.

Carles Puyol bersama barisan legenda Barcelona akan bertandang ke Jakarta bagi mengadakan perlawanan persahabatan menentang legenda Real Madrid di Stadium Gelora Bung Karno pada 27 September ini. 

Aksi tersebut akan menjadi pertemuan ke-10 dalam sejarah antara dua pasukan legenda itu dan akan berlangsung hanya beberapa hari selepas pertarungan sama di New Jersey dan Florida, dengan masing-masing dijadualkan pada 9 dan 13 September.
 
Skuad kendalian Albert Ferrer itu akan dibintangi oleh Puyol termasuk bekas pemain tengah kebangsaan Brazil, Rivaldo, dan akan mengumumkan senarai penuh legenda dalam masa terdekat.

 

"Saya juga menantikan permainan ini.

"Saya yakin bahawa ia akan menjadi perlawanan pertunjukan yang bagus.

"Saya sangat berbangga dapat bertemu rakan-rakan di Indonesia khususnya di Jakarta," katanya. 

Merekodkan 593 penampilan bersama Blaugrana, Puyol telah merangkul kejuaraan LaLiga sebanyak enam kali, tiga piala Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan satu EURO 2008.

Advertisement

Must Watch Video