LIGA SUPER MSIA
Ledakan Kpah Sherman jamin tiga mata Sri Pahang FC
SRI PAHANG 1 PERAK 0
Pemain import, Kpah Sherman, menjadi wira Sri Pahang FC ketika memastikan tiga mata ketika mengatasi Perak FC 1-0.
Sepak mula di Stadium Darulmakmur petang tadi itu menyaksikan separuh masa pertama berakhir buntu tanpa jaringan dengan dua percubaan tuan rumah terkena tiang dan palang menerusi tandukan Stefano Brundo dan sepakan kencang Baqiuddin Shamsudin.
Iklan
Selepas hampir dikejutkan dengan percubaan Luciano Guaycochea yang turut singgah di palang sejurus permainan bersambung, Tok Gajah kembali menyusun permainan lebih keras sebelum rembatan ketua pasukan, Sherman, di depan pintu gol memperdayakan T. Shaheeswaran pada minit ke-54 untuk jaringan ke-10 dalam kempen liga musim ini.
Sri Pahang berpeluang untuk menggandakan kedudukan tetapi beberapa peluang menarik termasuk tandukan daripada Brundo yang kali ini tidak tepat ke sasaran.
Barisan kendalian Yusri Che Lah mengambil kesempatan atas kelonggaran di bahagian tengah seteru mereka tersebut, namun situasi itu tidak kekal lama untuk Sri Pahang kembali mengimbangi permainan menuju masa kecederaan.
Must-Watch Video