Skip to main content

Bola Sepak

Le Normand sedia perkuat Atletico Madrid selepas alami kecederaan otak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mnormadn.jpg
Pertahanan Atletico Madrid, Robin Le Normand, bersedia sepenuhnya bagi memperkuakan pasukannya kembali menjelang perlawanan Copa del Rey berdepan CP Cacereno selepas pulih daripada kecederaan otak, sebelum ini.

Le Normand mengalami kecederaan otak traumatik ketika pelanggaran dengan pemain Real Madrid, Aurelien Tchouameni, pada September lalu dengan dia terpaksa menerima rawatan panjang di atas padang.

Pemain berusia 28 tahun itu setakat ini telah membuat lapan penampilan untuk Atletico sejak menyertai kelab itu daripada Real Sociedad selepas memenangi EURO 2024 bersama skuad Sepanyol.


 


"Pertama sekali, kami memikirkan mengenai kesihatan pemain. Itu yang menjadi tumpuan kelab, doktor dan fisio sebagai fasa pertama." katanya kepada pemberita.

"Melihat semangat yang ditunjukkannya, dia sangat gembira dann bersemangat untuk membantu pasukan." katanya.

Advertisement

Must Watch Video