Misi untuk memastikan kejuaraan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) kekal di bumi Sarawak menjadi fokus penting kepada Serian ketika turun menentang tuan rumah, Gua Musang dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam ini.
Ketua Jurulatih Serian, Rozaini Romainor, menyifatkan pemainnya sudah berjaya mencipta sejarah tersendiri dalam kejohanan ini apabila muncul ke pentas final LBR biarpun ini merupakan penyertaan pertama.
“Alhamdulillah. Kami berjaya mencipta sejarah baharu apabila berjaya ke final LBR dengan menyingkirkan pasukan yang lebih berpengalaman biarpun ini adalah penyertaan pertama Serian.
“Tidak ada sebarang tekanan kepada pemain biarpun musim lepas wakil Sarawak, Kuching berjaya merangkul kejuaraan edisi pertama. Bagi kami, mara ke final sudah menjadi sejarah dan bonus berganda jika mampu menjadi juara,” katanya.
Rozaini yang juga bekas pemain Presiden Sarawak, menolak andaian skuadnya akan menampilkan taktik bertahan sebaliknya akan terus menampilkan formasi biasa untuk mencari kemenangan di Kota Bharu.
“Bertahan atau seri bukan pilihan yang baik, sebaliknya Serian akan gunakan formasi yang biasa digunakan sebelum ini. Kami akan turun untuk memburu jaringan dan mencari kemenangan,” katanya.
Serian berpeluang mengulangi pencapaian hebat Kuching musim lalu apabila mara ke final LBR musim ini dengan bergaya apabila menyingkirkan pasukan Bachok, dari Kelantan dengan agregat 4-2.