Skip to main content

Bola Sepak

Lazarus Kaimbi: Wan Rohaimi bawa nafas baru buat PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm-fc.jpg
Ketua pasukan PDRM FC, Lazarus Kaimbi, melaungkan keyakinan untuk lebih menyengat sambil memuji sentuhan jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail.

Bekas tonggak kebangsaan serba boleh itu mula mengambil tugas daripada Mat Zan Mat Aris sejak 31 Mac lalu. 

"Saya beralih ke posisi yang mampu membantu saya  lebih menyerlah. 

"Sebenarnya saya bukanlah penyerang sejati dan jurulatih (Sri Pahang), Dollah Salleh, yang meletakkan saya di posisi itu.

"Saya adalah pemain sayap kanan atau pemain tengah menyerang dan ia membolehkan saya beraksi lebih berkesan seperti ketika di Thailand.

"Kini saya boleh beraksi di tahap terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, sebentar tadi. 





Dengan menerapkan corak menyerang yang menyaksikan mereka merakamkan dua kemenangan sejak Wan Rohaimi dilantik, sekali gus memberi gambaran hala tuju PDRM yang lebih cerah apabila bakal menyambung perjuangan berdepan Kelantan United di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, 3 Julai depan. 

"Jurulatih membawa banyak perubahan dengan corak permainan yang berbeza. Bukan sekadar terhadap individu tetapi secara keseluruhan pasukan. 

"Kami mula menarik perhatian seteru Liga Perdana yang lain.

"Jurulatih melayani semua pemain dengan baik, bukan setakat pemain import.

"PDRM mengambil langkah tepat untuk melantiknya, dia membawa perubahan besar."



 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video