Osaka bakal menjadi saksi pertembungan antara juara dunia larian menara, Soh Wai Ching, dan penghuni ranking nombor satu dunia, Ryoji Watanabe, dalam Kejohanan Stairclimbing Challenge, Ahad ini.
Berkunjung sebagai pelawat memberi suntikan berbeza buat dirinya yang mahu menjadikan saingan itu sebagai medan menguji kekuatan seteru utamanya di laman sendiri.
"Andai kata Watanabe menang, pastinya dia berada di tahap terbaik pada hari berkenaan tetapi saya tidak akan memberi laluan mudah kepadanya.
"Saya seronok dapat mencabarnya di lamannya sendiri.
"Dia tidak pernah berlumba di Kuala Lumpur. Saya berharap September kelak dia akan menyertai satu kejohanan di sini.
"Jadi biar saya ujinya dulu di lamannya sendiri," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Selain itu, Wai Ching turut merangka pelan strategi terbaru untuk mengurangkan jumlah penyertaan bagi musim ini selain bertekad memberi tumpuan kepada kejohanan yang menawarkan pungutan mata tertinggi sahaja.
Ikon sukan larian menara itu melihat pendekatan baru ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan prestasi terbaik dan mampu meminimumkan risiko kecederaan.
Terdahulu, dia ditemui ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman (NOU) bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang bernilai sebanyak RM75,000.
"Saya nak fokus kepada kesihatan.
"Kiranya saya kena bersedia, barulah menyertai kejohanan. Jangan terlalu paksa diri.
"Walaupun saya berusia 31 tahun dan pencabar pula berumur 40 tahun. Saya sedar mempunyai kelebihan tapi saya tidak bpoleh berlebihan.
"Saya perlu tahu had diri sendiri, jangan paksa diri sangat," katanya.