Skip to main content

Bola Sepak

Langkah mayat saya dulu! -- Mikel Arteta yakin julang EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mikelarteta.jpg
Ketua jurulatih, Mikel Arteta, menegaskan Arsenal tidak akan berhenti berjuang untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak musim 2003/04 meskipun dibezakan 11 mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Terdahulu, The Gunners terpaksa menerima hakikat tewas kepada West Ham United 0-1, sekali gus menamatkan rekod 15 perlawanan tanpa kalah.

24 jam selepas itu, skuad kendalian Arne Slot pula berjaya mencuri tiga mata penuh susulan menumpaskan juara bertahan, Manchester City, untuk mengukuhkan lagi kedudukan carta.

Stadium Astro melakukan analisis kiraan yang memihak kepada Liverpool sebanyak 96 peratus, manakala Arsenal sukar untuk mencabar posisi tersebut.

Lebih pedih, pasukan yang berpangkalan di London itu mengalami krisis kecederaan pemain utama yang parah yang menyaksikan Kai Havertz, Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka harus diketepikan.

Namun, bekas pembantu jurulatih Man City itu tidak akan berputus asa walaupun sacara matematiknya mustahil untuk merapatkan jurang kejuaraan.

"Kami tidak akan berhenti. Langkah mayat saya terlebih dahulu.

"Jika tidak, saya akan pergi. 

 

"Kami perlu berada di sana. Kami harus mengharungi setiap aksi. 

"Tidak mengapa, kami perlu meneruskannya. Kami harus melakukan perkara yang istimewa.

"Jika anda mahu memenangi gelaran, mungkin kami perlu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain dalam sejarah EPL," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video