Skip to main content

Bola Sepak

Langkah JDT wajar diberikan pujian -- Stuart

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stuart-ramalingam.jpg
Langkah Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk memperkecilkan bajet perbelanjaan kelab itu wajar diberikan pujian.

Perkara itu dipersetujui Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam, yang percaya tindakan itu harus dicontohi pasukan lain bagi mengekalkan kestabilan kewangan sepanjang musim.

Stuart juga tidak menafikan pelepasan pemain Harimau Selatan ke pasukan lain mampu meningkatkan tahap kompetitif Liga Malaysia musim depan.

"Saya tidak boleh komen mengenai teknikal dan taktikal kerana ia keputusan dalaman pasukan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"Tetapi ini satu contoh yang baik kepada semua pasukan kerana kita tahu JDT merupakan penanda aras dalam liga kita dan pendekatan penjimatan yang diambil mereka menunjukkan teladan pengurusan kelab yang baik, di mana keperluan memastikan kesinambungan dan pemanjangan sesebuah pasukan dikekalkan.

"Seperti yang kita tahu, JDT membuat pelaburan yang amat banyak, bukan sahaja di atas padang tetapi pelaburan mereka untuk berjaya selama 10 tahun ini adalah kejayaan dalam pelaburan di belakang tabir seperti infrastruktur, pusat latihan dan sains sukan.

"Saya rasa ia wajar dicontohi semua pasukan.

"Selain itu, pemain yang dilepaskan JDT merupakan pemain senior yang masih berkaliber. Mereka akan meningkatkan nilai mana-mana pasukan yang mereka pergi," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video