"Satu kerugian jika kami gagal manfaatkan kelebihan." Itu pandangan jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusof, mengenai peluang pasukannya menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Darulaman, esok.
Kedah bakal turun ke pertemuan ini dengan penuh keyakinan selepas melakar kemenangan tipis 3-2 di Selayang dalam aksi pertama minggu lalu.
Justeru, kesempatan beraksi di laman sendiri, apatah lagi mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan, perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengecewakan lawan.
Malah, kekalahan kepada Felda United dalam saingan Liga Super pada pertengahan minggu ini sudah dilupakan dan seluruh pemain kini fokus terhadap baki 90 minit berdepan Selangor.
"Kami perlu beri tumpuan dalam tempoh 90 minit yang terakhir ini.
"Kami sepatutnya mengambil kesempatan dengan kelebihan jaringan dan bermain di tempat sendiri.
"Pemain seharusnya tahu apa yang perlu dilakukan di atas padang untuk kami layak ke peringkat seterusnya," ujarnya.
Nidzam turut menjangkakan Selangor akan mempertaruhkan corak permainan berbeza kerana mereka memerlukan gol awal untuk membina momentum dalam permainan.
Lantas, Kedah tidak akan memberikan ruang buat skuad Gergasi Merah Kuning dengan Nidzam dijangkakan menurunkan kesebelasan yang sama seperti aksi suku akhir pertama yang lalu.
"Kedah akan bermain seperti biasa. Kalau di Selayang kami boleh menjaringkan gol, agak rugi sebenarnya jika kami tidak dapat melakukannya di laman sendiri."
Tonggak import, Ken Ilso Larsen, sekali lagi menjadi sandaran untuk memburu jaringan manakala benteng pertahanan bakal dikemudi Zachary Anderson dan Khairul Helmi Johari.