Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Kelab tercorot hampir beri pengajaran buat Real Madrid di Bernabeu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

real-madrid.jpg
Pemenang Piala Dunia 2018, Kylian Mbappe, menjaringkan dua gol membantu Real Madrid melakar kebangkitan selepas ketinggalan untuk mengetepikan kelab tiga tercorot LaLiga, Leganes, 3-2.

Stadium Bernabeu hampir menanggung malu apabila Leganes terlebih dahulu memperolehi kelebihan jaringan, namun jaringan penyamaan oleh pemain tengah England, Jude Bellingham, menghidupkan peluang Los Blancos dalam perlawanan yang berlangsung, awal pagi tadi.

Buat pertama kali dalam karier, pemain kebangsaan Perancis itu berjaya mencipta jaringan menerusi sepakan percuma meskipun sudah lama bergelar bintang bola sepak terkemuka.

 

Dan gol penuh meriah itu, sekali gus menjadi titik kemenangan skuad kendalian Carlo Ancelotti menggenggam tiga mata penuh untuk sama-sama berkongsi mata dengan pendahulu, Barcelona.

Selepas ini, Real Madrid akan meneruskan cabaran dalam kejohanan domestik dan antarabangsa melibatkan separuh akhir Copa del Rey dan pertemuan penting menentang Arsenal dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), minggu depan.

Advertisement

Must Watch Video