Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Gol 'ajaib' Lamine Yamal bantu Barcelona sahkan kejuaraan liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yamal.jpg
Barcelona mengesahkan status selaku juara LaLiga buat kali ke-28 selepas jaringan menakjubkan Lamine Yamal serta melakuan bantuan jaringan untuk menewaskan Espanyol 2-0 di Stadium RCDE, awal pagi tadi.

Lamine yang masih berusia 17 tahun menjadi wira Barca dengan menjaringkan gol pada minit ke-53 dan kemudiannya memberikan bantuan jaringkan kepada Fermin Lopez pada penghujung minit kecederaan permainan.


 


Skuad kendalian Hansi Flick terpaksa menunggu status kejuaraan mereka sehingga pertemuan antara pencabar terdekatnya iaitu Real Madrid dan Mallorca yang berakhir dengan keputusan 2-1 buat skuad Carlo Ancelotti.

Real Madrid kini menduduki tangga kedua dengan 78 mata daripada 36 perlawanan, manakala Barca menjadi juara selepas mengutip 85 mata secara keseluruhan dan 97 gol.

Advertisement

Must Watch Video