Federico Valverde dan Brahim Diaz turut menemui sasaran buat Los Blancos, yang menggegar palang tiga kali dalam separuh masa kedua di Santiago Bernabeu.
Selepas seri tanpa jaringan pada 45 minit pertama, Madrid membuka jaringan dalam tempoh lima minit perlawanan bersambung, sepakan percuma Valverde melepasi benteng Valladolid sebelum mengatasi penjaga gol, Karl Hein.
Juara bertahan LaLiga perlu menunggu sehingga minit ke-88 untuk menggandakan kelebihan apabila pemain gantian Diaz melengkapkan hantaran Eder Militao.
Endrick, yang hadir sebagai pemain gantian, mewarnai kemenangan bergaya dengan gol pada minit keenam dalam masa kecederaan.
1 - @Endrick ?? has become the youngest @realmadriden ⚪️⚪️ player to score on his @LaLigaEn debut in the 21st century (18 years and 35 days), and the fifth youngest overall in this period in the competition. Differential. pic.twitter.com/zLsgdhSzun
— OptaJose (@OptaJose) August 25, 2024