Barcelona mendahului dengan sembilan mata di puncak LaLiga selepas melakar kemenangan 3-1 mengatasi Espanyol dalam aksi Derbi Catalan di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi.
Dani Olmo menjaringkan dua gol manakala Raphinha dengan satu gol sekali gus melebarkan jurang mereka dengan pencabar terdekat di kedudukan kedua, Real Madrid, selepas aksi berdepan Valencia ditangguhkan susulan banjir.
Jurulatih Blaugrana, Hansi Flick, mahukan pasukannya itu terus meningkatkan mutu dengan lebih baik sebelum saingan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Red Star Belgrade, Rabu ini.
El @FCBarcelona_es vence y sigue líder de #LALIGAEASPORTS. ? pic.twitter.com/77jy7FI6me
— LALIGA (@LaLiga) November 3, 2024
"Dalam separuh masa kedua, saya memberitahu pasukan bahawa mereka telah melakukan kerja yang baik setakat ini. Tetapi pada Rabu nanti kami memerlukan prestasi yang lebih baik.
"Aksi derbi sentiasa rumit. Kami kehilangan banyak bola dan itu faktor mengapa Espanyol memperoleh satu gol. Kami perlu memperbaiki perkara itu.. Tetapi yang penting adalah kemenangan dan saya memberikan tumpuan kepada semua pemain." katanya.
Sunday Afternoon in Barcelona pic.twitter.com/dzDVCp1l0t
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 3, 2024
Barca telah menjaringkan 40 gol musim ini yang merupakan jumlah tertinggi selepas 12 perlawanan pertama pada musim LaLiga sejak 1940-51 (42 gol).