LA LIGA
LaLiga: Antony muncul pemain terbaik perlawanan
Pemain sayap Brazil, yang menyertai Real Betis secara pinjaman dari Manchester United, membantu pasukan mendapatkan gol pembukaan yang disempurnakan Isco ketika berdepan Athletic Bilbao dalam tempoh 15 minit pertama bermain di LaLiga.
Pemain berusia 24 tahun itu melakukan gerakan dari sebelah sayap kanan sebelum melepaskan rembatan yang ditepis penjaga gol, membuka ruang buat Isco melengkapkan jaringan.
Bekas bintang Ajax itu menikmati permulaan cemerlang di LaLiga membuat penyokong meluahkan keterujaan di media sosial, dengan @ChandlerBing_12 menulis di X, "Antony bakal menang Ballon Dor bersama Betis".
Iklan
"Anthony cukup bertenaga," kata @annaintslow, manakala @LFCAmericanReds mempertikaikan prestasi hambar di Old Trafford bukanlah berpunca daripada dirinya, dia berkata, "United yang bermasalah. Mereka sentiasa adalah masalah utama."
@croatianflairr menulis, "Panggil saya gila tetapi Antony telah memberi impak lebih besar untuk pasukannya berbanding [Kylian] Mbappe".
"Setiap pemain menjadi cemerlang selepas meninggalkan ," kata @su_pre_mo.
@TrollFootball menambah, "Antony hanya perlukan 14 minit untuk dapatkan bantuan jaringan. pertama. 'LaLiga is shaking'."
Antony berdepan kritikan menerusi persembahan kurang menyerlah di United selepas kelab membayar RM475 juta untuk menandatanganinya dari Ajax. Dia sekadar membuat 14 penampilan dan turun tiga kali dalam kesebelasan utama bagi semua pertandingan musim ini sebelum dipinjamkan ke Betis, yang tidak memiliki pilihan untuk membeli pemain kebangsaan Brazil.
Antony digantikan pada minit ke-72 sebelum Betis menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2. Pemain pinjaman United itu dijangka kembali dalam skuad utama Betis apabila bertemu Celta Vigo dalam perlawanan berikutnya.
Antony was named Player of the Match on his Real Betis debut tonight 🥇 pic.twitter.com/uRJ2Tr7bNu— Football on TNT Sports (@footballontnt) February 2, 2025
Must-Watch Video