LALIGA
LaLiga: Ancelotti anggap Benzema pemain sempurna
Carlo Ancelotti memberikan tabik hormat buat Karim Benzema selepas kapten Real Madrid itu menjadi penjaring gol kedua terbanyak sepanjang zaman kelab itu bagi saingan LaLiga.
Penyerang itu menyempurnakan dua sepakan penalti ketika menewaskan pasukan di kelompok bawahan, Elche, 4-0 awal pagi tadi, sekali gus mendaftarkan 230 jaringan dalam liga divisyen utama Sepanyol itu untuk mengatasi rekod 228 gol milik pemain legenda, Raul -- hanya Cristiano Ronaldo menjaringkan lebih banyak gol dengan rekod 311 jaringan.
Marco Asensio dan Luka Modric turut menemui sasaran dalam perlawanan itu untuk pasukan bimbingan Ancelotti berkenaan merapat jurang dengan pendahulu liga, Barcelona, kepada lapan mata.
Iklan
Pengendali berbangsa Itali itu memuji prestasi yang dipamerkan pemain nombor sembilannya itu, yang kini terlibat dengan 15 jaringan daripada 14 penampilan terakhir buat Madrid (12 gol dan tiga bantuan jaringan).
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) February 15, 2023"Karim bukan sekadar penyerang, dia amat sempurna, dia berkombinasi dengan amat baik -- terutama dengan Rodrygo hari ini.
"Dia sentiasa bersedia di kawasannya dan banyak membantu kami menguasai permainan.
"Kariernya amat luar biasa dan harap-harap dia dapat meneruskannya. Real Madrid mahukannya berada di tahap ini.
"Setiap perlawanan bagus untuk menambah keyakinan. Apabila anda mendahului 3-0 dan berasa selesa, masalah akan tiba dan saya tidak mahu perkara itu.
"Momen ketika ini amat bagus. Kami perlu mengekalkan dinamik ini dengan konsentrasi dan komitmen," katanya.
Must-Watch Video