LIGUE 1
Kylian Mbappe kembali barisi PSG
Luis Enrique berkata Kylian Mbappe berada dalam keadaan baik untuk kembali memperkuatkan barisan Paris Saint-Germain (PSG) menjelang pertemuan Ligue 1 dengan Toulouse, awal pagi esok.
Penyerang itu tidak tersenarai dalam skuad ketika seri tanpa jaringan pada hujung minggu pembukaan bertemu Lorient berikutan persiapan musim panas yang terumbang-ambing ekoran pertikaian mengenai masa depannya hingga bintang Perancis tersebut diarahkan berlatih secara berasingan.
Pemain berusia 23 tahun itu hanya mempunyai baki kontrak selama setahun lagi dan kemelut mula timbul apabila dia menyatakan keengganannya untuk memperbaharui perjanjiannya.
Iklan
Pengurus itu berkata bahawa dia gembira kerana mempunyai seorang pemain yang mempunyai kemampuan sebagai juara Piala Dunia dan dia ingin memenangi gelaran pada musim pertamanya sebagai pengurus.
“Saya sangat gembira mempunyai pemain bertaraf dunia seperti Kylian,” kata bekas pengendali Barcelona dan Sepanyol itu.
"Dia berada dalam keadaan yang baik, dia mempunyai keinginan tinggi serta kekuatan mental yang sangat baik."
Ia akan menjadi perlawanan pertama Ligue 1 buat PSG sejak Neymar menyertai Al-Hilal di Arab Saudi.
The Parisian squad to face Toulouse. ?? #TFCPSG pic.twitter.com/SEBDymwDRQ— Paris Saint-Germain (@PSG_English) August 18, 2023
“Kami masih perlu memperkasakan jentera serangan kerana kami kekurangan sandaran di posisi ini.
"Kami perlu terus berusaha bagi memastikan mereka saling melengkapi.”
Must-Watch Video