Spurs tumbang 3-6 kepada Liverpool dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.
Seperti yang dilaporkan oleh TNT Sports, apabila ditanya sama ada Spurs perlu menambah lebih banyak kawalan kepada permainan mereka menjelang perhitungan dengan Nottingham Forest
awal pagi esok, pemain antarabangsa Sweden itu berkata: "Jika anda mahu mendapatkan keputusan, mungkin ya.
"Kami perlu mencurahkan segala-galanya kerana ia bagaikan kehidupan - bukan sekadar hitam dan putih. Banyak faktor lain lagi.
"Mungkin pendekatan kami tidak mampan. Tetapi kami perlu perbaiki prestasi, anda perlu mencari jalan.
3.6 - Tottenham’s Premier League matches under Ange Postecoglou have seen an average of 3.6 goals scored per game. Among those to take charge of 50+ games in the competition, this is the highest goals per game rate for any manager. Frenzy. pic.twitter.com/VX1VZInKQ6
— OptaJoe (@OptaJoe) December 22, 2024
"Mungkin kami sepatutnya membiarkan Liverpool menguasai lebih banyak bola tetapi itu bukan cara kami beraksi.
"Kami memberikan segalanya tetapi tidak berjaya. Mungkin kami perlu belajar untuk masa yang akan datang.
"Kami perlu belajar kerana kami melepaskan enam gol. Saya tidak boleh duduk di sini dan mengatakan bahawa kami telah melakukan sesuatu dengan sempurna sedangkan tidak,.
"Kami perlu berubah sedikit demi ke arah yang lebih baik, sentiasa cuba berubah ke arah yang lebih baik."