LIGA SUPER MSIA
Kuching City tunjuk taring seperti harimau, hangatkan perebutan pasukan ketiga terbaik Liga Super
Siapa saja yang boleh menyangka sebuah pasukan yang sebelum ini sekadar menduduki tangga ke-13 daripada 14 pasukan musim 2023-24, Kuching City, boleh menyinar dalam musim 2024-25. Sedikit demi sedikit mereka mendaki anak tangga hingga kini berada dalam kelompok tiga terbaik.
‘The Cats’ berjaya memintas pasukan Sabah buat seketika selepas satu kejutan yang dilakukan anak buah Aidil Sharin Sahak itu dalam pertemuan dengan naib juara liga, Selangor, di hadapan penyokong tuan rumah dengan keputusan akhir memihak Kuching 2-1, sekali gus meleburkan rekod 14 perlawanan tanpa kalah Selangor.Kuching City lebur rekod 14 perlawanan tanpa kalah Selangor, cerahkan peluang raih tempat ketiga Liga Super. 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/Xazp25X2Ks— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 16, 2025
Walaupun kedudukan itu bukanlah kekal hingga tamat musim, peluang untuk mencuri slot di kedudukan tiga terbaik itu semakin cerah berbaki dua perlawanan.
Cuma yang merisaukan Kuching City adalah perjalanan mereka selepas ini bukanlah mudah, harus berdepan juara, JDT, sebelum Negeri Sembilan dalam aksi terakhir.
Iklan
Sabah pula masih mempunyai tiga perlawanan dalam tangan untuk mempunyai sedikit kelebihan dalam jumlah pungutan mata yang bakal dikumpul jika berjaya menang dalam ketiga perlawanan terkahir di liga berdepan PDRM, Sabah dan Perak.
Apa pun, pastinya pelonjakan prestasi dari pasukan Kuching City musim ini memberi inspirasi buat banyak pasukan lain lebih lebih lagi yang berada dalam kelompok bawahan sekaligus memberi gambaran yang jika romabakan besar-besaran dan percaturan yang tepat dilakukan jurulatih, pastinya akan membuahkan hasil.
Must-Watch Video