Takefusa Kubo menyerlah dengan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Jepun menewaskan Bahrain 2-0, sekali gus mengesahkan tempat mereka ke Piala Dunia 2026.
Skuad Samurai Biru menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke kejohanan 48 pasukan yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada tahun depan.
Namun, mereka terpaksa menunggu lebih sejam sebelum membuka tirai jaringan di Stadium Saitama 2002 pada malam tadi.
Pemain tengah Crystal Palace, Daichi Kamada, akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-66 apabila tenang menyempurnakan hantaran bijak Kubo yang melakukan lorongan terbalik.
Kubo kemudian melengkapkan aksi cemerlangnya dengan gol kedua pada penghujung perlawanan, melepaskan rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol Bahrain, Ebrahim Lutfallah.
Dengan kemenangan ini, Jepun kini mengumpul sembilan mata di depan Australia, yang berada di tempat kedua kumpulan, sekali gus mengesahkan penyertaan mereka dalam Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut.
Sementara itu, Korea Selatan terpaksa menunggu lebih lama untuk mengesahkan tiket ke kejohanan tersebut selepas diikat 1-1 oleh Oman di laman sendiri.
Hwang Hee-chan meletakkan Korea di depan pada minit ke-41, tetapi jaringan penyamaan Ali Al Busaidi pada 10 minit terakhir perlawanan memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Korea kekal di tangga teratas kumpulan dengan kelebihan empat mata ke atas Iraq, namun mereka masih perlu menamatkan saingan kelayakan dengan cemerlang untuk memastikan tempat di Piala Dunia 2026.