Toni Kroos memberi perkhabaran gembira untuk Real Madrid selepas kembali bersama pasukan bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Borussia Dortmund, awal pagi esok.
Madrid tanpa kelibat bintang seperti Marcelo, Karim Benzema (masalah kecederaan hamstring) dan Mateo Kovacic (pangkal paha), tetapi Kroos kembali dalam kesebelasan utama apabila tidak turun ketika menewaskan Alaves 2-1 kerana mengalami kecederaan pada bahagian rusuk.
Dani Ceballos, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain kebangsaan Jerman itu, menjaringkan dua gol ketika berdepan Alaves.
Juara bertahan, Real, mendahului Kumpulan H menjelang aksi di Signal Iduna Park berdepan Dortmund, yang tewas dalam aksi pembukaan kepada Tottenham.