Calon exco wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mimi Afzan Afza, mempunyai misi untuk mengangkat martabat bola sepak dan futsal wanita negara ke peringkat lebih tinggi seandainya terpilih dalam kongres pemilihan jawatankuasa, esok.
Antara tumpuan yang akan menjadi agenda utamanya adalah memperkasa pelan pembangunan akar umbi wanita demi melahirkan lebih ramai bakat baru pada masa akan datang.
Begitupun, Mimi Afzan menganggap dirinya sebagai calon bukan pilihan jika dibandingkan ddengan empat pencabar yang lain yang disifatkan memiliki kelebihan untuk mengisi kekosongan itu.
Untuk rekod, Mimi Afzan bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak wanita negara sebaliknya telah bertindak selaku pengurus futsal Selangor sejak 2019 dan berjaya membantu Gergasi Merah muncul juara saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) musim 2019 dan 2022.
"Bola sepak dan futsal wanita negara memiliki potensi yang terlalu besar.
"Saya mengikuti liga amatur sejak 2004 dan sudah melihat pasukan wanita mempunyai bakat yang bagus.
"Saya rasa masalah utama ialah kurang memberi perhatian dalam aspek pembangunan.
"Sekiranya terpilih, saya akan mengadakan program untuk memajukan lagi industri bola sepak wanita daripada segenap aspek," katanya di Nadi Arena