Kobe Chong bakal beraksi dalam Liga Super

Muzaffar Musa
Jun 18, 2024 16:50 MYT
Pemain berdarah Malaysia, Kobe Chong, yang berpangkalan di England, kini dilaporkan berminat untuk menyertai saingan Liga Super.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain tengah berusia 20 yahun kelahiran Birmingham itu sudah tiba di Kuala Lumpur semalam dan akan mengadakan rundingan dengan beberapa kelab tempatan menjelang jendela perpindahan kedua pada Ogos ini.
Sebagai rekod, Kobe merupakan produk akademi West Bromwich Albion selain pernah bersama kelab Itali, Cagliari, di peringkat remaja.

Kobe Chong berminat untuk beraksi dalam Liga Super. Tiba di Kuala Lumpur semalam, pemain warisan negara itu difahamkan bakal melakukan rundingan dengan beberapa kelab menjelang jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia, Ogos ini. ???????????@ASTROARENA pic.twitter.com/NYMOlXjyVA

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Harimau Malaya #Kobe Chong