Jurgen Klopp tidak pernah khuatir tentang prospek kehilangan Sadio Mane dan Mohamed Salah dengan sekali gus kerana jelas sekali salah seorangnya akan kekal di Liverpool.
Masa depan Mane menjadi tanda tanya menjelang penghujung musim lalu dengan khabar angin mengaitkannya akan berhijrah ketika kontraknya berbaki setahun lagi.
Dia kemudian melengkapkan perpindahannya ke Bayern Munich dengan harga €41 juta (RM181.5j) sebaik Liverpool menyambar Darwin Nunez daripada Benfica.
Namun, keputusan Mane untuk pergi pada masa itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan peminat Liverpool kerana Salah juga memasuki kontrak 12 bulan terakhir.
Spekulasi media mencadangkan rundingan kontrak baru dengan Salah telah berlarutan sebelum awal bulan ini mereka mengumumkan bintang Mesir itu memeterai perjanjian baru hingga Jun 2025.
Walaupun rundingan itu tidak dimuktamadkan dalam tempoh singkat, Klopp menegaskan dia sentiasa tenang mengenai masa depan ayam tambatannya tersebut.
“Saya tahu ia akan berlaku, sentiasa jelas Mo mahu kekal -– itulah mesejnya,” kata pengurus itu kepada laman sesawang rasmi Liverpool.
"Saya sentiasa berterus terang dengannya: 'Saya mahu dia kekal.' Tetapi ia adalah satu kontrak mustahak, hal berbeza perlu dipertimbangkan dan sebab itulah kadang-kadang ia memakan masa.
"Kami tidak boleh sentiasa memenuhi jangkaan dunia luar untuk menyelesaikannya dengan serta-merta.
"Ada perkara memerlukan masa tetapi kami mempunyai berpengalaman untuk menangani perkara sebegini. Dia sangat gembira sekarang kerana dapat melanjutkan masanya di sini.
"Kami sangat gembira, dia seorang pemain bertaraf dunia. Bayangkan anda perlu menandatangani Mo Salah sekarang; dia berada di kelab lain dan anda mendambakan pemain sepertinya. Ia hampir tidak mustahil, kami memilikinya dan dia mahu kekal –- ini satu berita yang sangat baik."
Liverpool akan menentang musuh tradisi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, dalam perlawanan persahabatan pra-musim pertama mereka di Bangkok, Thailand, Selasa ini.

Bangkok bound ✈️ #LFCPreSeason
— Liverpool FC (@LFC) July 9, 2022

Only a few more weeks to the new EPL season, so layan these dulu. ?
— Stadium Astro ? (@stadiumastro) July 10, 2022
Stream LIVE on @AstroGOmy: https://t.co/LB6Yrfd5yr pic.twitter.com/1APaNJ1fpl