Skip to main content

Bola Sepak

Klopp perlu rombak barisan pertahanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurgen-kloppcropped_1s7prni8eu6j71pocptl8zh1c3.jpg
Jurgen Klopp telah menjalankan tugasnya dengan baik bersama Liverpool tetapi perlu menyusun
semula barisan pertahanannya jika mahu membawa pasukan ke satu peringkat lebih tinggi.


Perkara itu disuarakan oleh bekas penyerang The Reds, Michael Owen, selepas Liverpool kini
berada 12 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, selepas mengharungi
permulaan musim 2017/18 yang kurang memuaskan, termasuk kekalahan besar di tangan City
dan Tottenham Hotspur.

Klopp menamatkan musim penuh pertamanya di tangga keempat sebelum ini dan Owen
menyifatkan pengendali dari Jerman itu tidak patut menerima kritikan walaupun wujud jurang
besar di antara Liverpool dan City.

"Klopp menjalankan tugas dengan baik. Saya rasa dia sangat popular," kata Owen kepada
Omnisport di Monaco.

"Masalah utama Liverpool kini terletak pada barisan pertahanan. Saya rasa Klopp sedar
tentangnya dan memperbaikinya ketika musim panas lalu, namun gagal mendapatkan
beberapa sasaran utama.

"Benteng The Reds telah melepaskan banyak gol sehingga memberikan kesan besar kepada
pasukan dan Manchester City," kata Owen.

Sama seperti City, Manchester United dan Spurs, Liverpool kini menduduki tangga teratas
dalam peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah (UCL) sementara Chelsea berada di
kedudukan terbaik untuk menempah tiket ke pusingan 16 terakhir.

Owen tidak menyembunyikan perasaan gembiranya apabila melihat peningkatan pasukan
Inggeris di peringkat Eropa, selepas kelab-kelab dari Sepanyol mendominasi saingan dan
menjuarai empat edisi terakhir UCL.

"Bagi saya, pasukan Inggeris agak mengecewakan dalam saingan UCL sejak beberapa tahun
terakhir.

"Tetapi pada tahun ini, saya rasa ini adalah kelompok pasukan terkuat yang pernah hadir dari
England. City bermain dengan cemerlang di jentera serangan, disusuli dengan peningkatan
Chelsea dan United yang lebih ampuh di bahagian benteng, sama seperti Spurs.

"Liverpool juga memiliki barisan depan yang mantap, jadi pasukan-pasukan Inggeris kini lebih
kuat berbanding sebelum ini," hujahnya.

Advertisement

Must Watch Video