Skip to main content

Bola Sepak

Klopp hampir hilang cincin kahwin ketika raikan penguasaan tiga mata Liverpool di puncak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool.jpg
LIVERPOOL 4 NEWCASTLE 2 

Jurgen Klopp lega apabila cincin perkahwinannya kembali dijumpai di atas padang ketika menentang Newcastle United, awal pagi tadi. 


Liverpool kini berkelebihan tiga  mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pengurus itu kehilangan cincinnya ketika menyambut kemenangan pasukannya sejurus wisel penamat. 

Justeru, Klopp terhutang budi kepada jurukamera televisyen kerana menemuinya. 


"Saya pernah kehilangannya sekali dan ketika itu saya memerlukan penyelam profesional kerana saya kehilangannya di laut," katanya. 


“Dari semasa ke semasa ia berlaku apabila saya kehilangan satu atau dua kilo berat badan. Saya terlalu teruja dan saya kehilangannya dan saya terkejut besar. 

"Jurukamera itu pernah beberapa kali mengganggu saya pada musim ini tetapi kali dan sekarang dia mempunyai banyak babak untuk dirakam secara percuma kerana itu sangat penting.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video