Barcelona dilaporkan bakal cuba mengambil langkah untuk melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus terbaru jika pengendali itu mengubah fikirannya pada masa akan datang.
Pengendali kelahiran Jerman itu mengejutkan dunia bola sepak bulan lalu apabila mengumumkan keinginannya untuk meninggalkan jawatan di Anfield selepas sembilan tahun pada penghujung musim ini. Selepas memimpin Liverpool menjuarai enam gelaran, Klopp akan sentiasa diingati sebagai salah seorang yang terbaik -- dan penuh karisma -- dalam sejarah pengurus.
Siapa yang dilantik The Reds seterusnya akan membuktikan pilihan kritikal bagi pemilik Amerika mereka, FSG dan mereka ketika ini berdepan situasi sukar serta paling penting yang mereka hadapi sepanjang 14 tahun memiliki kelab.
Dalam pada itu, spekulasi juga meningkat mengenai cabaran seterusnya yang akan diambil oleh Klopp selepas ini.
Walaupun Klopp menjelaskan bahawa dia berhasrat untuk berehat daripada bola sepak kerana kehabisan tenaga selepas memberikan segala keringat kepada The Reds sepanjang lapan setengah tahun yang lalu.
Sememangnya, ketika mengumumkan keputusannya untuk berundur, Klopp mendedahkan keinginannya untuk menikmati 'kehidupan normal' yang dimilikinya di pulau Majorca yang dilihat sebagai tempat percutian yang sempurna untuk warga Jerman itu dan isterinya, Ulla Sandrock.