Jurgen Klopp berang dengan kegagalan Liverpool untuk mengutip tiga mata meskipun mendominasi perlawanan apabila sekadar seri 1-1 berdepan Burnley, malam tadi.
Liverpool merakamkan 35 percubaan ke gawang lawan di Anfield selepas Mohamed Salah menyamakan kedudukan selepas pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi Scott Arfield.
Persembahan itu secara tidak langsung menjadi ulangan kepada keputusan seri 2-2 berdepan Sevilla dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.
Percubaan Dominic Solanke sekadar menggegar palang di hujung perlawanan sementara Klopp berasakan The Reds seharusnya dianugerahkan sepakan penalti .
"Saya tidak gembira. Saya marah dengan keputusan ini tetapi berpuas hati dengan persembahan pemain," katanya kepada BBC Sport.
"Ini salah kami. Kami mendominasi permainan tetapi hanya melakar satu gol.
"Penjaga gol mereka, Nick Pope, menyelamatkan gawang mereka dengan baik. Saya tidak gembira kerana saya pasti kami sepatutnya dianugerahkan sepakan penalti.
"Kami perlu menerima satu mata ini dan memandang ke hadapan."
Philippe Coutinho kembali membarisi kesebelasan utama selepas membuat permohonan berpindah, Ogos lalu.
Klopp turut berpuas hati dengan persembahan pemain Brazil itu yang turut mendapat reaksi positif daripada peminat.
"Philippe bermain dengan baik," tambah Klopp.
"Di hujung permainan, kakinya mengalami sedikit kekejangan. Kami tidak bercadang untuk mengeluarkannya."