Skip to main content

Bola Sepak

KL City tidak mahu pandang enteng Penang FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city.jpg
Kondisi dan kehebatan pemain Penang FC hampir menyamai kekuatan Perak daripada segi barisan pemain yang turut menggunakan rata-rata pemain muda dengan keberkesanan pengendali Wan Rohaimi Wan Ismail akhir-akhir ini.

Penang tampak konsisten dari segi aksi 90 minit di atas padang selain berjaya mengikat Kunching City dengan 1-1 selain kemenangan keatas Negeri Sembilan minggu lalu di Paroi.

Ia hal yang bakal menjadi kegusaran ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac, selepas aksi dengan Perak yang dilabel paling teruk sepanjang musim ini.

"Kami sedar kelekaan kami setiap separuh masa kedua dan perlu ubah corak permainan selain bangkit berdepan baki saingan liga," katanya.

Hal ini tidak seharusnya berulang, Kl City perlu kutip tiga mata akhir musim ini sedikit sebanyak pastikan mereka kekal relevan di kelompok pertengahan liga.

Kuljanac lega dengan kehadiran semula Kenny Palraj dan Brandan Gan yang bebas dari penggantungan selain Haqimi Azim sudah kembali jalani latihan bersama pasukan.

"Saya telah menasihati pasukan supaya sentiasa beri semangat sepenuhnya dalam setiap aksi dan perlu mengutip mata dalam baki dua perlawanan liga," katanya.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video