Skip to main content

Bola Sepak

'Kita tak boleh bagi JDT menang saja, liga akan boring'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

j.jpg
Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, menegaskan Kuala Lumpur City sedia untuk menjadi pencabar utama Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26.

Dia turut menjelaskan jika tiada mana-mana kelab atau pasukan sedia untuk mencabar JDT, pastinya saingan Liga Malaysia akan menjadi suram dan bosan.

Untuk rekod, skuad Warga Kota yang dibimbing Bojan Hodak pernah mencipta kejutan ke atas Harimau Selatan selepas muncul juara Piala Malaysia 2021 dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Zhafri Yahya serta Paulo Josue.

"Bagi saya liga yang dianjurkan MFL saya tidak nampak sebagai petani mahupun merosot, apabila JDT dominasi dan jadi juara setiap tahun kita perlu ada satu pasukan untuk bersaing dengan JDT.






"Saya lihat pasukan yang mahu main sekarang ini mahu capai kedudukan nombor dua dan tiga, tiada satu pasukan pun mahu lawan JDT.

"Saya bagitahu pengurusan dan pemain bahawa untuk musim baru ini kami akan lawan JDT agar ada saingan, kita tidak boleh bagi JDT menang sahaja dan kalau tidak liga ini akan boring lah." katanya.

Advertisement

Must Watch Video