Skip to main content

Bola Sepak

Kiko tak rela Tok Gajah dibolosi

kiko-insa-160917.jpg
Pemain Pahang, Kiko Insa, menggesa rakan sepasukannya agar berwaspada dengan kepantasan yang dimiliki Perak bagi memastikan pergerakan lawan dapat dikekang menjelang pertembungan suku akhir pertama Piala Malaysia, malam ini.

Pahang bakal melayani kunjungan Perak di Stadium Darulmakmur dalam misi mencari bekalan selesa untuk dibawa dalam aksi timbal balik di Ipoh nanti. 

Namun, berdasarkan aksi terakhir peringkat Kumpulan A menentang T-Team, cabaran sukar menanti skuad Tok Gajah. 

Ketika itu, Insa diletakkan di bangku simpanan, namun dia dijangka memainkan peranan lebih penting malam ini. 

"Dalam bola sepak, setiap perlawanan adalah berbeza. 

"Kami perlu lebih fokus. 

"Kami mempunyai ramai pemain berpengalaman, kami mahu mengelak daripada dibolosi," katanya. 

Dalam masa sama, Insa melihat dirinya semakin matang dalam menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak di Malaysia. 

Malah, dia juga masih mencari keserasian untuk menyumbang kemampuan bersama skuad kebangsaan selepas membuat penampilan sulung dengan Harimau Malaya menentang Syria, Ogos lalu. 

"Saya menghadapi situasi yang sama ketika mula tiba di Indonesia musim lalu. 

"Kita memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Saya boleh bertutur sedikit bahasa tempatan tetapi masih perlu belajar lagi. 

"Saya masih menyesuaikan diri dengan kehidupan dan keadaan di sini kerana ia berbeza dengan di Eropah."
 

Advertisement

Must Watch Video