Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, mengesahkan Sami Khedira dan Claudio Marchisio bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Barcelona.
Kedua-dua pemain itu tidak terlibat ketika pasukan meraih kemenangan 3-0 dalam saingan Serie A ke atas Chievo dan mereka tidak akan sempat pulih sepenuhnya sebelum aksi pembukaan Kumpulan D itu.
Juve juga tanpa khidmat Giorgio Chiellini kerana pertahanan itu masih lagi bergelut untuk pulih daripada kecederaan betis untuk beraksi di Nou Camp.
"Khedira dan Marchisio tidak akan beraksi," kata Allegri.
"Khedira kembali daripada beraksi untuk Jerman, terdapat kecederaan yang dialaminya dan dia telah direhatkan bagi membantu proses pemulihannya."
Juve telah menyingkirkan Barca daripada saingan UCL pada suku akhir musim lalu, meraih kemenangan 3-0 secara agregat sebelum ditewaskan oleh Real Madrid dalam aksi final.