Skip to main content

Bola Sepak

Khazri tamatkan mimpi ngeri di Sunderland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khazri.jpg
Ketua pasukan Tunisia dalam Piala Dunia 2018, Wahbi Khazri, mengakhiri penderitaan di Sunderland dengan menyertai Saint Etienne.

Khazri, 27, yang bermain dengan baik semasa dipinjamkan ke Rennes  musim lalu, mencatat sembilan jaringan dalam 27 penampilan untuk membawa mereka ke pentas Eropah.

Persembahannya itu di samping dua gol dan dua bantuan jaringan dalam temasya Russia 2018 mendorong Saint Etienne untuk menandatangani pemain sayap tersebut menerusi perjanjian selama empat tahun dengan yuran yang tidak didedahkan yang dipercayai akan meningkat daripada £6 juta (RM31.9j) kepada £9j (RM47.8j). 





 

Advertisement

Must Watch Video