Skip to main content

Bola Sepak

Kesilapan Degenek jadi punca UAE singkir Australia

uae.jpg
UAE 1 AUSTRALIA 0 

Juara bertahan, Australia, terkandas di peringkat suku akhir Piala Asia 2019 selepas tewas 0-1 kepada tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), berikutan kesilapan pertahanan, Milos Degenek, dalam separuh masa kedua. 


Kedua-dua pasukan gagal mempamerkan aksi terbaik sepanjang permainan di Stadium Hazza Bin Zayed, Al Ain awal pagi tadi, namun kesilapan ketika perlawanan berbaki 22 minit membolehkan Ali Ahmed Mabkhout melakar gol kemenangan untuk menempah pertemuan seterusnya dengan Qatar.

Sungguhpun Socceroos membuat permulaan garang, UAE bingkas memperkemaskan permainan dan akhirnya menghasilkan peluang yang lebih baik.

Serangan UAE tidaklah begitu berbahaya dalam jaringan kemenangan itu, namun kesilapan Degenek memberikan mereka kesempatan untuk dimanfaatkan Mabkhout.

Ia adalah satu kemenangan yang sangat manis buat UAE yang ditundukkan Australia dalam separuh akhir, empat tahun lalu.

Australia hampir membuat permulaan bergaya, namun Trent Sainsbury melakukan tandukan liar dari jarak lapan ela pada minit keempat.

UAE mendapat peluang pertama untuk mengimbangi rentak perlawanan, namun Mat Ryan mematahkan percubaan Ismail Al Hamadi selepas menyusup ke dalam kawasan penalti. 

Australia cemas apabila hampir dihukum sebelum separuh masa pertama berakhir -- Mabkhout hampir menggegar gawang lawan tetapi tandukannya melewati palang gol. 

The Socceroos meningkatkan tempo permainan dalam babak berikutnya dan beberapa kali mengundang situasi berbahaya buat lawan -- Chris Ikonomidis yang lincah menyambut hantaran lintang Aziz Behich, namun tidak menepati sasaran ketika aksi berusia sejam. 

UAE mengambil kesempatan itu beberapa saat kemudian apabila Mabkhout memintas satu hantaran lemah ke belakang oleh Degenek sebelum memperdayakan Ryan untuk meletakkan bola ke dalam jaring. 

Aksi di padang berlanjutan sehingga minit ke-101 ekoran beberapa pemain UAE dilanda kecederaan tetapi Australia tidak dapat menggunakan kesempatan itu dengan skuad kendalian Alberto Zaccheroni itu berhasil mempertahankan kelebihan mereka. 

Advertisement

Must Watch Video