Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama: Misi menang Malaysia di Hyderabad

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syafiq-ahmad.jpg
Ketiadaan tiga tonggak utama skuad kebangsaan tidak menrencatkan usaha Malaysia menjelang pertemuan dengan India dalam aksi perlawanan antarabangsa sebentar lagi. 

Stadium Gachibowli, India bakal menjadi saksi pertembungan Malaysia-India selepas kali terakhir mereka bertemu Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan memihak Malaysia dengan keputusan 4-2.

Ketiadaan Arif Aiman Md Hanapi, Feroz Baharuddin dan Matt Davies namun Pau Marti Vicente sudah merencana persiapan yang terbaik buat Harimau Malaya. 

Jentera serangan negara dibarisi Sergio Aguero bergandingan bersama Haqimi Azim selaku penyerang utama.

Stuart Wilkin, Paulo Josue dan Nooa Laine bakal mengisi bahagian tengah manakala Azam Azmi Murad, Dion Cools, Harith Dominic Tan serta Daniel Ting mengisi slot pertahanan dan Syihan Hazmi ditugaskan sebagai penjaga gol utama.

Advertisement

Must Watch Video