Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan Utama ACLE: Bergson ketuai serangan JDT, gelaran Raja Asia Tenggara jadi buruan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

acle.jpg
Bergson Da Silva ketuai serangan juara Liga Super Malaysia 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), menghadapi Buriram United dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar nanti.

Hanya satu pertukaran sahaja dibuat Hector Bidoglio yang menurunkan penyerang berbisa itu menggantikan Jorge Obregon dan selebihnya dikekalkan bagi mencari kemenangan di tempat sendiri.

Selepas dikecewakan Shandong Taishan minggu lalu, JDT tekad bangkit untuk menewaskan gergasi liga Thailand itu, sekali gus meraih gelaran raja sebenar Asia Tenggara. 




Seperti di jangka, pemain kebangsaan Gajah Perang, Theerathon Bunmathan dan Supachai  Chaided, serta tonggak utama Harimau Malaya, Dion Cools, akan memperkuat barisan kesebelasan utama Buriram United untuk keluar daripada kedudukan tiga tercorot.

Advertisement

Must Watch Video