Skip to main content

Bola Sepak

Kerja keras semua posisi pastikan pintu gol kebal -- Cleylton Santos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-darul-aman.jpg
Pertahanan Kedah Darul Aman, Cleylton Santos, mendedahkan rahsia di sebalik keampuhan benteng akhir Sang Kenari yang berjaya mengelak gawang daripada dibolosi dalam lima perlawanan berturut-turut musim ini.

Rumusnya mengenai perlawanan di tempat sendiri malam tadi: "Semua pemain buat kerja".

Bermula pertemuan menentang Bukit Tambun dalam pusingan kedua Piala FA, anak buah Nafuzi Zain kemudian mengekalkan prestasi kebal dalam tiga perlawanan berdepan Penang dan terbaru bertemu Kelantan Darul Naim.

"Kami perlu terus bekerja keras, bermula daripada penjaga gol hingga penyerang. 




"Aspek bertahan kami bermula daripada penyerang termasuk Milos Gordic jadi kami perlu teruskan seperti ini, " katanya dalam sidang media selepas perlawanan. 




Tonggak dari Brazil berusia 31 tahun itu membentuk gandingan mantap bersama Irfan Zakaria, Rizal Ghazali dan Arif Md Isa di bahagian pertahanan.

Sambil dibantu ketangkasan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz, Cleylton mengakui pengalaman di Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantunya segera menyesuaikan diri dalam Liga Malaysia (Liga-M). 

"Saya punya banyak masa untuk menyesuaikan diri di sini tapi beruntung kami bagaikan sebuah keluarga. 

"Pemain import yang lain juga dapat menyesuaikan diri dengan segera di sini," katanya lagi. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video