Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kepulangan ke Real Madrid destinasi terbaik Ronaldo, kata Fonte

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg
Kembali ke Real Madrid akan menjadi jalan keluar terbaik buat Cristiano Ronaldo, menurut rakan sepasukan di kem Portugal, Jose Fonte.

Pemenang lima Ballon d'Or itu dilaporkan telah meminta agar dilepaskan Manchester United, hanya semusim selepas kembali ke Old Trafford daripada Juventus.

Walaupun menyumbat 24 gol sepanjang kempen 2021-22, Ronaldo hanya mampu membantu United menduduki tempat keenam Liga Perdana Inggeris (EPL), secara tidak langsung terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara (UCL).

Kelab itu kembali menjalani latihan pada awal minggu ini dan penggempur tersebut diberikan cuti tambahan atas masalah keluarga selain dijangka terlepas jelajah pra-musim di Thailand dan Australia berikutan mereka akan berlepas pada hari ini. 

Perkara itu menguatkan lagi spekulasi bahawa penggal kedua pemain berusia 37 tahun tersebut bersama The Red Devils menuju ke penamat.

Kapten Portugal itu dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich sekalipun Ketua Eksekutif, Oliver Kahn, telah menolak pendekatan juara Bundesliga terbabit.

 


Tetapi Fonte percaya kembali ke ibu kota Sepanyol itu akan menjadi keputusan terbaik buat Ronaldo yang memenangi empat trofi UCL dan dua gelaran LaLiga bersama Los Blancos di antara 2009 dan 2018 selain menjadi penjaring terbanyak dengan 450 gol .

Pertahanan Lille itu yang bersama-sama Ronaldo menjulang Euro 2016 memberitahu talkSPORT: "Apa yang saya tahu ialah dia menggemari UCL. 

“Dia percaya ia adalah pertandingan terbaik di dunia dan tahu bagaimana dia perlu beraksi untuk memenangi Ballons d’Or.

"Dia perlu memenangi trofi dan bersaing untuk gelaran Ballon d'Or. Dia adalah pemenang bersiri, seperti semua orang tahu.

"Dia mungkin melihat skuad United dan berfikir, 'Adakah saya akan mampu memenangi beberapa trofi pada tahun ini?' Mungkin dia tidak percaya. Entahlah. Hanya dia yang mampu menjelaskannya. 

"Adakah dia akan kembali ke Madrid? Itulah yang terbaik baginya. Sama ada mereka mahukannya kembali atau tidak, ia soalan yang berbeza."

Advertisement

Must Watch Video