Jurulatih Felda United, B. Sathianathan, menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas Kedah dalam Liga Super malam tadi sebagai motivasi penting menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia, Ahad ini.
Sathianathan memuji kesungguhan barisan anak buahnya untuk mengatasi Kedah kerana bukan mudah mengatasi skuad Lang Merah di laman mereka.
Bekas pengendali kebangsaan itu berharap aksi sama mampu dijelmakan apabila berdepan PKNP.
"Bukan mudah untuk bermain dengan Kedah tetapi pemain memberikan segala-galanya. Saya rasa tiga mata yang diperolehi di sini adalah berbaloi.
"Kami mencari tiga gol (menentang PKNP). Saya menjangkakan PKNP akan bermain bertahan dan melakukan serangan pantas. Kami akan mencuba.
"Mereka menjaringkan tiga gol, bagi saya, kenapa tidak kami menjaringkan tiga gol," katanya.
Dalam pada itu, pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, mengakui ketiadaan beberapa tonggak yang direhatkan sedikit menjejaskan permainan pasukannya.
Namun, Nidzam optimis Kedah akan bangkit apabila berdepan Selangor dalamsuku akhir kedua Piala Malaysia.
"Tidak ada apa yang kami perlu lakukan atau rombak kerana di Selayang, kami juga menjaringkan tiga gol. Saya yakin di Alor Setar, kami boleh menjaringkan tiga gol," katanya.