Ronald Koeman berasakan Barcelona kendaliannya mempamerkan semangat juang tinggi untuk kembali ke landasan tepat dalam kempen LaLiga dengan menewaskan Levante 1-0 awal pagi tadi.
Barca kelihatan akan menerima satu lagi keputusan buruk selepas tewas 0-3 kepada Juventus dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan 1-2 kepada Cadiz dalam LaLiga.
Bagaimanapun, Lionel Messi muncul wira pasukan itu apabila menyudahkan umpanan Frenkie De Jong pada 14 minit terakhir perlawanan.
Messi telah terlibat dalam 37 gol dalam perlawanan menentang Levante sepanjang kariernya (22 gol dan 15 bantuan jaringan), lebih banyak berbanding pasukan lain dalam kejohanan itu.
Pemenang enam kali anugerah Ballon d'Or itu telah menjaringkan 449 gol dalam LaLiga dan hanya dibezakan satu gol untuk mencatat sejarah sebagai pemain pertama mencecah 450 gol bersama kelab tunggal dalam lima liga utama Eropah.
"Benar ia perlawanan yang amat rumit hari ini. Kami mencipta banyak perluang dan meningkat sepanjang permainan," kata Koeman dalam LaLiga TV selepas Barca mengecilkan jurang mereka dengan pendahulu, Real Sociedad dan Atletico Madrid, kepada sembilan mata.
"Kami lebih baik dalam babak kedua kerana kami memberikan tekanan lebih ke depan di atas padang dan memenangi kembali kebanyakan bola. Kami juga mencipta peluang.
"Tetapi kami masih bergelut untuk mendahului. Saya rasa ia kemenangan yang sepatutnya dan satu kemenangan yang amat sukar diperoleh," katanya.
Levante membuktikan kerapuhan benteng pertahanan Barca sepanjang babak pertama dengan menjana deretan percubaan, antaranya menerusi Jorge de Frutos dan Dani Gomez.
Koeman menambah: "Kami tidak menjangkakan ia menjadi satu perlawanan di mana mereka memberikan tekanan seperti itu, terutama dengan sebegitu banyak bola berlegar di kawasan pemain tengah.
"Ada ketika kami bermain dengan baik tetapi kami perlu mengakui bahawa mereka mempunyai dua peluang terhidang dalam babak pertama.
"Ketika perlawanan, kami menukar formasi dan menolak sedikit ke depan dan saya fikir ia lebih baik dalam 45 minit kedua," katanya lagi.

15 - Lionel Messi ?? was directly involved in 15 shots against Levante (12 shots and 3 key passes), the most by a player in a @LaLigaEN game this season. Rescuer. pic.twitter.com/peSz52XV15
— OptaJose (@OptaJose) December 13, 2020