BRIGHTON 1 NEWCASTLE 0
Rafael Benitez berasakan Newcastle United berhak meraih satu mata ketika bertemu Brighton and Hove Albion, malah menyifatkan kemenangan The Seagulls malam tadi merupakan satu kesilapan.
Tomer Hemed meledak gol tunggal perlawanan selepas perlawanan bersambung pada babak kedua untuk meraih tiga mata untuk Brighton tetapi ulang tayang menunjukkan bahawa Lewis Dunk dan Bruno melakukan halangan kepada pemain-pemain Newcastle.
Skuad bimbingan Benitez meraih kemenangan dalam tiga perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini dan kecewa kerana gagal mengekalkan momentum tersebut.
"Saya berasakan kami telah melakukan yang terbaik untuk memastikan satu mata diraih," katanya.
"Kami memiliki peluang, mereka juga turut memilikinya.
"Jaringan pasukan lawan, pada saya, merupakan satu kesilapan. Mereka telah melakukan halangan ke atas pemain-pemain saya ketika bertahan. Tetapi ia tidak akan mengubah keputusan perlawanan ini.
"Saya gembira sebelum perlawanan bermula tetapi ia berubah selepas 90 minit berakhir. Bagaimanapun, perjalanan masih panjang dan kami akan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu permainan," katanya lagi.
Pengurus Brighton, Chris Hughton, turut mengakui pasukannya jauh untuk dilihat sebagai pemenang mutlak berdepan bekas pasukannya, bagaimanapun menyifatkan tidak bolos adalah kunci kemenangan perlawanan ini.
"Ia merupakan satu perlawanan yang sukar," kata Hughton.
"Newcastle adalah pasukan yang berkualiti, mereka telah mempamerkan persembahan yang cemerlang dalam beberapa perlawanan lepas.
"Ia merupkan satu perlawanan yang sukar. Tetapi memastikan gawang tidak dibolosi adalah kunci kemenangan pasukan," katanya.