LIGA INGGERIS
Kemarau kejuaraan suntik semangat Arsenal cari jaringan -- Guardiola
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata, penantian merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) membantu Arsenal menjaringkan gol lewat dan menegaskan The Gunners masih menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan domestik.
Kemenangan 3-0 Arsenal di Fulham semalam bermakna mereka memulihkan kelebihan lima mata ke atas City di tangga kedua dengan berbaki 11 perlawanan.
Kemenangan terbaru The Gunners adalah lebih rutin berbanding kemenangan 3-2 ke atas Bournemouth baru-baru ini di mana Reiss Nelson menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-97, dan bulan lalu mereka bangkit untuk menang 4-2 ke atas Aston Villa.
Iklan
Guardiola menyatakan kemarau panjang Arsenal untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris, setelah tidak meraih gelaran itu sejak 2003-04, telah menyemarakkan kepercayaan semangat mereka.
Sebaliknya, Guardiola turut berasakan City tidak mempunyai keinginan itu setelah menjulang empat daripada lima gelaran liga yang lalu.
“Mereka mempunyai bertahun-tahun tanpa memenangi EPL dan itu memberi anda sedikit tambahan untuk memenangi perlawanan pada minit ke-93, 96, 98,” kata Guardiola.
“Itu adalah sesuatu yang mereka ada yang kami tidak miliki kerana kami telah menang berturut-turut, dua kali.
"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada penghujung musim tetapi mereka masih tahu bahawa kami mahu dan kami akan berjuang untuk berada di puncak liga."
Guardiola bagaimanapun melihat Arsenal adalah pilihan kejuaraan, walaupun selepas City menewaskan mereka 3-1 di Stadium Emirates di tengah-tengah tiga perlawanan The Gunners tanpa kemenangan pada Februari.
“Arsenal masih dan adalah pasukan pilihan kerana mereka berada di hadapan,” kata Guardiola.
"Mereka pernah melalui tempoh sukar tetapi kini mereka kembali."
Enam daripada baki 11 perlawanan liga Arsenal di tempat sendiri, tetapi mereka akan bertandang menentang City pada 26 April. The Gunners juga menghadapi perjalanan sukar ke Liverpool dan Newcastle United untuk datang dan melayan kunjungan Chelsea.
City juga mempunyai enam perlawanan di tempat sendiri dalam 11 perlawanan terakhir mereka, termasuk menerima kunjungan Liverpool, Arsenal dan Chelsea.
.@ErlingHaaland's penalty secured the points at Selhurst Park! ?Highlights ? pic.twitter.com/837Thdl3QB— Manchester City (@ManCity) March 11, 2023
Must-Watch Video