Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Kim Pan-gon mohon doa, mahu hidupkan peluang

mas.jpg
Menjelang pertemuan terakhir kumpulan D membabitkan Malaysia menentang Chinese Taipei, ketua jurulatih, Kim Pan-gon, mahu melunaskan tanggungjawabnya untuk meraih kemenangan besar di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok malam. 

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu meletakkan sepenuh harapan kepada anak-anak buahnya untuk mencari sejumlah jaringan maksimum untuk menghidupkan peluang ke pusingan ketiga kelayakan itu.

Kim Pan-gon turut berkongsi bahawa persiapan pasukan berada di tahap terbaik meskipun mengakui sedang menerima tekanan dan sentiasa berpaksikan kepada realiti sebenar. 

Dalam masa sama, dia turut menjangkakan pasukan Oman mampu mencipta kemenangan besar berdepan Republik Kyrgyz yang akan berlangsung sejam selepas tamat perlawanan di Bukit Jalil. 

Advertisement

Must Watch Video