Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Kim Pan-gon anggap tidak mustahil cipta magis di Bukit Jalil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-2024.jpg
Tiada masa untuk ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon, untuk berpatah arang berikutan kekalahan kepada Republik Kyrgyz yang menyempitkan peluang untuk Harimau Malaya lolos ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, tengah malam tadi. 

"Kami mencipta banyak peluang. 

"Republik Kyrgyz sebenarnya bertuah. Malah, jaringannya juga terkena tangan," katanya selepas perlawanan. 
 
Pengendali dari Republik Korea itu juga menegaskan sebarang kemungkinan mampu berlaku biarpun ramai yang memperkatakan peluang skuad negara ke kelompok 18 terbaik hampir tertutup menjelang perlawanan penutup Kumpulan D di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan. 

"Kami sedar bahawa kami mempunyai kelebihan besar. Dengan kelebihan yang ada, kami mungkin mampu menjaringkan lebih banyak berbanding lapan gol di tempat sendiri.

"Kamu (media Republik Kyrgyz) sudah lupa pasukan kamu dibolosi empat gol kepada kami dulu?




"Sekarang kelebihan berpihak kepada kami tapi siapa tahu dalam perlawanan seterusnya, kami mungkin mampu mencetak banyak jaringan dan pintas Republik Kyrgyz di tempat kedua. 

"Kami kuat di laman sendiri, kalaulah kami mampu jaringkan lebih daripada tujuh gol sementara Republik tumpas 0-2, keadaan juga akan berubah," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video