Sembilan perlawanan tanpa kemenangan, itu apa yang perlu ditelan semua peminat Manchester United yang terpaksa menerima hakikat pasukan mereka kini berada di titik terendah.
Situasi itu lebih panas dengan The Red Devils kini berada di tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan enam aksi tanpa kemenangan.
Bekas pengurus Manchester United, Erik ten Hag, menyifatkan tidak mustahil untuk pasukan yang diterajui Michael Carrick itu tersingkir ke divisyen kedua jika mereka tidak mula mencatat kemenangan.
"Semuanya tidak mustahil dalam EPL, kerana semua pasukan yang kuat, semua mempunyai skuad pemain dan pengurus yang hebat.
🚨 Erik ten Hag when asked by @ESPNnl if Man United relegation is a potential scenario: “In the Premier League it's certainly possible, because all the teams are simply strong. They're all strong squads, all good managers”. “And if you end up on the wrong side once and you really get into that vicious circle… yes, then it can become very, very difficult”.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 2, 2026
"Dan jika kamu berada di sisi yang salah (bawahan liga) dan tidak keluar lebih awal -- sukar untuk keluar dari situasi ini," katanya kepada ESPN.