BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Dua pemain tengah tiada dalam senarai 23 pemain
Belum lagi kesebelasan utama disahkan, kem Malaysia telah menggugurkan dua pemain tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Noaa Laine, dalam senarai 23 pemain.
Bagaimanapun, belum ada maklumat lanjut mengenai perkembangan di bilik persalinan itu menjelang beberapa jam lagi sepak mula bertemu Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sambil Shahrul Nazeem Zulpakar bakal mengisi kekosongan tersebut.
Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal turun berjuang untuk perlawanan pembukaan pusingan kedua Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Iklan
Dalam masa sama, skuad B-23 negara kendalian Juan Torres Garrid memasuki hari keempat Kem latihan pusat bagi persiapan menghadapi Kejohanan AFC B-23 di Qatar tahun depan.
Must-Watch Video