Cabaran besar bakal dihadapi Indonesia apabila dilaporkan berkemungkinan akan bertemu Arab Saudi bagi aksi pusingan keempat kelayakan Piala Dunia pada 9 Oktober ini tanpa khidmat dua penjaga gol utama.
Ini selepas penjaga gol Cremonese, Emil Audero Mulyadi, dilaporkan mengalami kecederaan ketika memanaskan badan sebelum perlawanan Serie A menentang Como hujung minggu lalu.
Dia dijangka perlu berehat selama dua minggu sebelum boleh kembali beraksi.
Terdahulu, seorang lagi penjaga gol Indonesia, Maarten Paes, turut dilaporkan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan tidak disenaraikan dalam enam perlawanan terakhir FC Dallas.
Bagaimanapun, Ketua Badan Tim Nasional (BTN) PSSI, Sumardji, memaklumkan kedua-dua pemain tidak mengalami kecederaan serius dan masih boleh dipanggil skuad kebangsaan Indonesia.
"Laporan yang kami BTN terima, tidak ada cedera serius untuk pemain yang bersangkutan (Emil Audero dan Maarten Paes)," kata Sumardji kepada CNN Indonesia.