LIGA INGGERIS
Kelayakan Piala Dunia: England senarai Ward-Prowse ganti tempat Kalvin Phillips
James Ward-Prowse dipanggil untuk menyertai England bagi menggantikan Kalvin Phillips yang tercedera sempena kelayakan Piala Dunia menentang Andorra dan Hungary, Ahad ini dan Rabu depan.
Pemain tengah Leeds United, Phillips, terpaksa diketepikan berikutan ketegangan betis yang dideritainya ketika menang 1-0 ke atas Watford, hujung minggu lalu.
Ward-Prowse, yang menjadi tonggak Southampton keempat yang menjaringkan gol sebelum dibuang padang dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas Peter Crouch (Mei 2005), Sadio Mane (Oktober 2015) dan Pierre-Emile Hojbjerg (Disember 2018), dalam kekalahan kepada Chelsea itu menjadi penambahan terbaru buat skuad kendalian Gareth Southgate berkenaan.
Iklan
Pengurus England itu sudah pun kehilangan ramai pemain untuk jadual antarabangsa bulan ini.
— Southampton FC (@SouthamptonFC) October 5, 2021
Reece James turut tersisih semalam dan pertahanan The Blues itu digantikan oleh rakan sepasukannya, Ben Chilwell, yang juga merupakan sebahagian daripada skuad Euro 2020 England tetapi khidmatnya langsung tidak diturunkan dalam kejohanan berkenaan.
Sementara itu, bekas penyerang kelab London terbabit, Tammy Abraham, turut menjadi pilihan berikutan ketiadaan Patrick Bamford, Dominic Calvert-Lewin dan Marcus Rashford.
Duo pertahanan, Harry Maguire dan Trent-Alexander Arnold, terlepas aksi sementara Southgate memilih untuk mengetepikan Jude Bellingham dan Mason Greenwood bagi memberikan mereka ruang berehat.
Phillips memulakan ketujuh-tujuh perlawanan ketika The Three Lions mara ke final Euro 2020.
Malah, hanya penjaga gol, Jordan Pickford (690) dan John Stones (679) yang bermain lebih banyak minit permainan berbandingnya dalam kempen itu.
Pemain berusia 25 tahun itu mengakhiri kejohanan berkenaan dengan ketepatan hantaran setinggi 85.92 peratus dan mencipta tiga peluang walaupun terlepas untuk menggenggam trofi berkenaan kepada Itali menerusi sepakan penalti di Stadium Wembley.
Menduduki puncak Kumpulan I dalam usaha untuk layak ke Piala Dunia Qatar 2022, England akan mengunjungi Andorra sebelum menjadi tuan rumah kepada Hungary tiga hari kemudian.
Must-Watch Video