WC QUALIFYING
Kelayakan Piala Dunia: Chris Wood kena kad kuning sebab layan autograf
Chris Wood dilayangkan kad kuning kerana menandatangani autograf dan mengambil gambar dengan peminat dalam kemenangan dalam kelayakan Piala Dunia membabitkan New Zealand ke atas Fiji semalam.
Penyerang Nottingham Forest itu, yang telah meledak 18 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, mengulangi rentaknya cemerlang di peringkat kelab ke pentas antarabangsa menerusi jaringan hatrik dalam kemenangan 7-0 ke atas Fiji -- yang merupakan hatrik keduanya bersama pasukan kebangsaan.
Wood kemudian digantikan selepas sejam sejurus menjaringkan gol ketiganya dan menerima tepukan gemuruh daripada penonton di Wellington. Dia kemuian menuju arah bangku penonton untuk beramah mesra tetapi sekembalinya ke padang, dia dilayangkan kad kuning.
Iklan
Pemain berusia 33 tahun itu, bagaimanapun, masih boleh diturunkan untuk menentang New Caledonia dalam perlawanan akhir kelayakan Oceania di Auckland, Isnin ini.
"Jika itu adalah peraturan maka itulah peraturannya," katanya kepada France 24.
"Saya hanya mahu melakukan sesuatu yang baik dan cuba membuat perubahan untuk peminat."
Must-Watch Video