Lionel Messi tidak disenaraikan dalam skuad Argentina untuk Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan (CONMEBOL) menentang Uruguay dan Brazil berikutan masalah ketegangan otot.
Messi dinamakan dalam senarai awal 33 pemain walaupun terdapat kebimbangan mengenai status fizikalnya apabila terlepas tiga perlawanan untuk Inter Miami kerana pengurusan beban tugas.
Dia kembali beraksi menentang Cavalier FC dalam perlawanan kedua pusingan 16 Piala Juara CONCACAF sebelum kembali ke aksi MLS untuk menghadapi Herons.
Messi menemui sentuhan sebaik kembali ke Miami menerusi kemenangan 2-1 ke atas Atlanta United untuk menjaringkan gol liga pertamanya musim ini dengan penyudah cemerlang ke atas Brad Guzan.
Dia dijangka menyertai skuad kebangsaan selepas bermain selama 90 minit berdepan Atlanta, namun dia perlu diketepikan daripada senarai akhir skuad kendalian Lionel Scaloni itu.
Argentina kini mendahului lima mata di puncak kedudukan kelayakan CONMEBOL dan akan bertandang ke Uruguay yang menghuni tangga kedua, Sabtu ini.
Mereka kemudian akan berentap dengan Brazil, yang berada di tangga kelima, pada Rabu depan di sebalik kehilangan Neymar-- juga gara-gara kecederaan.
Kuartet Liga Perdana Inggeris, Emiliano Martinez, Cristian Romero, Enzo Fernandez dan Alexis Mac Allister juga dipanggil untuk menghadapi perlawanan akan datang.

? This is the final squad list called up by Lionel Scaloni for the upcoming matches against Uruguay and Brazil in the 2026 World Cup Qualifiers! ? pic.twitter.com/j34xzALRDY
— Selección Argentina in English (@AFASeleccionEN) March 17, 2025